Print

THANAWI

Written by Super User. Posted in THANAWI

PEPERIKSAAN SYAHADAH AZHARIAH (THANAWI)

 

LATAR BELAKANG

1. Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak hingga kini telah mengelola sejumlah lebih 47 buah Sekolah Menengah Agama yang berdaftar di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Perak. Ia merangkumi beberapa katogeri sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta Sekolah Menengah Tahfiz Kerajaan Negeri dan Swasta.

2. Kesemua sekolah ini melaksanakan Kurikulum Aliran Perdana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sama tetapi melaksanakan Kurikulum Aliran Agama dan Kurikulum Tahfiz yang berbeza-beza.

3. Bahagian Pendidikan JAIPk mengambil inisiatif menyeragamkam kepelbagaian kurikulum Aliran Agama ini dengan melaksanakan Kurikulum Aliran Azhariah yang dikenali dengan Kurikulum I’dadi dan Thanawi. Pelajar yang mengikuti kurikulum ini diwajibkan menduduki peperiksaan Syahadah I’dadi dan Syahadah Thanawi.

 

OBJEKTIF

  1. Meneruskan kesinambungan kurikulum Azhariah (I’dadi) peringkat menengah rendah ke peringkat menengah atas.
  2. Melaksanakan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran Agama serta sistem peperiksaan yang seragam di sekolah-sekolah Menengah Agama.
  3. Meningkatkan penguasaan dan kemahiran Bahasa Arab di kalangan para pelajar.
  4. Mewujudkan peluang alternatif kepada pelajar yang berminat membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  5. Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang mengikuti sukatan Azhariah (Thanawi) dengan mengeluarkan sijil.
  6. Memenuhi keperluan negara yang masih kekurangan bilangan ulama pelapis yang akan mewariskan ilmu mereka sama ada melalui lantikan secara rasmi seperti guru KAFA, guru Dakwah,   para imam dan bilal dan lain yang terdiri dari kalangan mereka yang menghidupkan cara kehidupan beragama dan masjid.
  7. Kelas tersebut dijalankan bermula dari tingkatan tiga. Merupakan kesinambungan kelas I’dadi di peringkat menengah rendah.
  8. Pelajar-pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan Syahadah Thanawiyah ketika berada di dalam tingkatan 4.
  9. Semua dasar mengenai kurikulum Thanawi, penetapan mata pelajaran, kitab yang diguna pakai dan peperiksaan adalah ditentukan oleh Bahagian Pendidikan, JAIPk.

KONSEP KELAS THANAWI

CALON

Pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri(SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Menengah Agama bantuan Kerajaan (SABK) dan Tahfiz.

MATA PELAJARAN YANG DIUJI

1. Tafsir

2. Hadis

3. Tauhid

4. Feqah

5. Balaghah

6. Nahu/Sorof

7. Mutalaah /Insyak

  • Semua mata pelajaran menggunakan Bahasa Arab.

PUNCA KUASA

Peperiksaan ini dilaksanakan berdasarkan keputusan terhadap Pelaksanaan Kurikulum Azhariah oleh Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak   yang dipengerusikan oleh Sohibul Samahah Tan Sri Dato’ Seri Mufti Kerajaan Negeri Perak.

 

 

YURAN PEPERIKSAAN

Yuran Peperiksaan Azhariah (Thanawi) sebanyak RM 28.00 bagi setiap calon.

 

PEPERIKSAAN SYAHADAH THANAWI

1.Tarikh peperiksaan :

-Dilaksanakan secara serentak selepas selesai semua ujian dan peperiksaan peringkat sekolah (Peperiksaan Akhir Tahun)

-Tarikh dan Jadual peperiksaan diselaraskan oleh Bahagian Pendidikan, JAIPk

2.Pusat peperiksaan :

- Dilaksanakan di sekolah masing-masing.

3. Bentuk Peperiksaan :

-Peperiksaan bertulis ( 7 kertas soalan )

 

SIJIL PEPERIKSAAN THANAWI

 

Bahagian Pendidikan JAIPk akan mengeluarkan sijil kepada semua calon yang LULUS peperiksaan tersebut.